Tuesday 2 February 2016

PENJUALAN KEDIAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M) METROPOLITAN KEPONG


Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi pembelian unit kediaman Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Metropolitan Kepong yang melibatkan 1,230 unit pangsapuri telah dibuka mulai 27 Jan 2016 hingga 26 Feb 2016 kepada anggota perkhidmatan awam di semua perkhidmatan seperti berikut :
 
a. Perkhidmatan Awam Persekutuan
 
b. Perkhidmatan Awam Negeri
 
c. Badan Berkanun Persekutuan
 
d. Badan Berkanun Negeri
 
e. Pihak Berkuasa Tempatan
 
PPA1M Metropolitan Kepong mempunyai keluasan 1500kps, 1 200kps, 1 000kps dan 850kps. Harga bagi seunit rumah bermula dari RM 90,000 sehingga RM 300,000. PPA1M Metropolitan Kepong ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dalaman dan luaran yang komprehensif seperti surau, taska, dewan, klinik, kedai runcit, taman permainan kanak-kanak, pusat rekreasi, gelanggang bola keranjang dan lain-lain.
 
Sehubungan itu, yang berminat yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila layariwww.ppa1m.gov.my

No comments:

Post a Comment