Wednesday 12 December 2012

Buletin Hari ASEAN ke-45 di UMP


SAMBUTAN HARI ASEAN KE – 45 DI UMP PAHANG



Oleh: Alwafi Hassim


           


Pada 18 Oktober 2012, Cawangan Perhubungan Antarabangsa, Jabatan Penerangan Malaysia telah mengadakan Sambutan Hari ASEAN ke–45, dengan tema “One Identity, One Community“.

Program Sambutan Hari ASEAN ini dijayakan hasil kerjasama Cawangan Perhubungan Antarabangsa dengan Jabatan Penerangan Negeri Pahang, dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Penerangan YBhg Dato’ Hj. Ibrahim Abdul Rahman. Majlis ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Dr Daing Nasir Ibrahim.

Sambutan Hari ASEAN tersebut turut disertai oleh warga UMP yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa serta para pelajar IPTA lain yang terpilih. Turut hadir bagi menjayakan majlis adalah agensi-agensi kerajaan di seluruh negeri Pahang. Dianggarkan seramai lebih 600 orang yang hadir ke majlis sambutan tersebut.

Program Sambutan Hari ASEAN ini dijayakan lagi dengan pameran-pameran berkenaan negara-negara ASEAN bermula dari penubuhannya sehinggalah sekarang. Bagi menambahkan lagi pengisian Sambutan Hari ASEAN, forum bertajuk “Menuju Komuniti ASEAN 2015”, forum ini dipimpin oleh panel yang berpengalaman iaitu YBhg Dato’ Misran Karmain (Ketua Pengarah Jab. Penerangan dan Diplomasi Awam Kementerian Luar Negeri), YBhg Prof. Madya. Dr. Mohd Rizal b. Mohd Yaakop (Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM) dan YBhg En. Mohiyuddin b. Mohd Sulaiman (Pensyarah di Institut Pengajian ASEAN dan Hal-Ehwal Global UiTM).