Monday 22 February 2016

Ekspo Keusahawanan Pontian 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui Bahagian Keusahawanan Bumiputera dan PKS (BKB&PKS) akan menganjurkan program Ekspo Keusahawanan Pontian 2016 di Kawasan Parlimen Pontian pada 26 – 27 Februari 2016 bermula dari jam 10.00 pagi – 10.00 malam, bertempat di Dataran Dato’ Jalok Benut, Pontian Johor. Majlis Perasmian akan diadakan pada 27 Februari 2016 (Sabtu), pada jam 9.00 - 11.00 pagi dan disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Friday 19 February 2016

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Encik Zainal Azman bin Abu Seman, telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Penyelarasan Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa 16 Februari 2016. 




Thursday 18 February 2016

Program e-Pelanggan bagi bulan Februari 2016, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri



Sukacita memaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan Program e-Pelanggan  (Hari Bertemu Pelanggan secara atas maya) bagi bulan Februari 2016 pada ketetapan  seperti berikut :
 
Program ini merupakan salah satu inisiatif penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan dengan tujuan memberikan peluang kepada pelanggan BPH untuk mengenali BPH dengan lebih dekat serta dapat berinteraksi secara maya dengan Pegawai Khidmat Pelanggan di http://epelanggan.bph.gov.my bagi mengemukakan sebarang pertanyaan, pandangan serta cadangan. 

Monday 15 February 2016

KONVOI BERBASIKAL 1WP 2016

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xlf1/t31.0-8/12604804_1104477576243328_675446851936737519_o.jpg

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Majlis Sukan Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Konvoi Berbasikal 1Wilayah Persekutuan   sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2016 pada 28 Februari 2016 (Ahad).
 
Sehubungan itu, YBhg. Dato'/Tuan/Puan adalah dijemput untuk bersama-sama menyertai program ini. Untuk mendaftar dan mengetahui lebih lanjut berkenaan perkara tersebut, YBhg. Dato'/Tuan/Puan boleh melayari website Majlis Sukan Wilayah Persekutuan www.wipers.gov.myPendaftaran adalah PERCUMA. 

Thursday 11 February 2016

Pusat Khidmat Pelanggan (OSC)



Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ada menyediakan perkhidmatan kaunter Pusat Khidmat Pelanggan (OSC) bagi memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabtan/Agensi di bawah KPWKM. Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk pendaftaran kad OKU, semakan status permohonan, membuat aduan dan pertanyaan mengenai perkhidmatan KPWKM dan agensi termasuk khidmat nasihat dan kaunseling. OSC ini dibuka pada setiap hari bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. 

Sehubungan itu, YBhg. Dato/Tuan/Puan adalah dijemput ke Pusat Khidmat Pelanggan (OSC) bagi mendapat perkhidmatan tersebut. Sebarang pertanyaan, pihakYBhg. Dato/Tuan/Puan boleh menghubungi Puan Norhazuren Halid di talian 03-83231087 atau Puan Suzana Md Jamin di talian (03-83231105) atau e-mel kepada suzana@kpwkm.gov.my. 

Tuesday 2 February 2016

PENJUALAN KEDIAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M) METROPOLITAN KEPONG


Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi pembelian unit kediaman Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Metropolitan Kepong yang melibatkan 1,230 unit pangsapuri telah dibuka mulai 27 Jan 2016 hingga 26 Feb 2016 kepada anggota perkhidmatan awam di semua perkhidmatan seperti berikut :
 
a. Perkhidmatan Awam Persekutuan
 
b. Perkhidmatan Awam Negeri
 
c. Badan Berkanun Persekutuan
 
d. Badan Berkanun Negeri
 
e. Pihak Berkuasa Tempatan
 
PPA1M Metropolitan Kepong mempunyai keluasan 1500kps, 1 200kps, 1 000kps dan 850kps. Harga bagi seunit rumah bermula dari RM 90,000 sehingga RM 300,000. PPA1M Metropolitan Kepong ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dalaman dan luaran yang komprehensif seperti surau, taska, dewan, klinik, kedai runcit, taman permainan kanak-kanak, pusat rekreasi, gelanggang bola keranjang dan lain-lain.
 
Sehubungan itu, yang berminat yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila layariwww.ppa1m.gov.my

Monday 1 February 2016

PENJUALAN KEDIAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M) TAMAN MAKMUR JAYA, KARAK PAHANG


cid:image002.jpg@01D15A7F.EC8FAB80


Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi pembelian unit kediaman Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Taman Makmur Jaya yang melibatkan 17 unit rumah teres dua tingkat telah dibuka mulai 26 Jan 2016 hingga 26 Feb 2016 kepada anggota perkhidmatan awam di semua perkhidmatan seperti berikut :
 
a. Perkhidmatan Awam Persekutuan
 
b. Perkhidmatan Awam Negeri
 
c. Badan Berkanun Persekutuan
 
d. Badan Berkanun Negeri
 
e. Pihak Berkuasa Tempatan
 
PPA1M Taman Makmur Jaya mempunyai keluasan 2 113kps serta mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi. Harga bagi rumah teres 2 tingkat lot tengah bermula dari RM 230,924 sehingga RM 289,904. Harga bagi teres dua tingkat lot tepi bermula dari RM 358,090 sehingga RM 558,089 mengikut keluasan binaan rumah. PPA1M Taman Makmur Jaya ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas, infrastruktur dan utiliti yang sedia ada seperti bekalan air, elektrik, telekomunikasi dan jalan besar yang sempurna.
 
Sehubungan itu, mohon kerjasama yang berminat untuk memohon, sila layariwww.ppa1m.gov.my .