Monday 1 February 2016

PENJUALAN KEDIAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M) TAMAN MAKMUR JAYA, KARAK PAHANG


cid:image002.jpg@01D15A7F.EC8FAB80


Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi pembelian unit kediaman Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Taman Makmur Jaya yang melibatkan 17 unit rumah teres dua tingkat telah dibuka mulai 26 Jan 2016 hingga 26 Feb 2016 kepada anggota perkhidmatan awam di semua perkhidmatan seperti berikut :
 
a. Perkhidmatan Awam Persekutuan
 
b. Perkhidmatan Awam Negeri
 
c. Badan Berkanun Persekutuan
 
d. Badan Berkanun Negeri
 
e. Pihak Berkuasa Tempatan
 
PPA1M Taman Makmur Jaya mempunyai keluasan 2 113kps serta mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi. Harga bagi rumah teres 2 tingkat lot tengah bermula dari RM 230,924 sehingga RM 289,904. Harga bagi teres dua tingkat lot tepi bermula dari RM 358,090 sehingga RM 558,089 mengikut keluasan binaan rumah. PPA1M Taman Makmur Jaya ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas, infrastruktur dan utiliti yang sedia ada seperti bekalan air, elektrik, telekomunikasi dan jalan besar yang sempurna.
 
Sehubungan itu, mohon kerjasama yang berminat untuk memohon, sila layariwww.ppa1m.gov.my .

No comments:

Post a Comment