Monday 23 February 2015

KUIZ ASEAN KHAS BELIA 2015

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,


Jabatan Penerangan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia akan menganjurkan program Kuiz ASEAN khas untuk Belia 2015. Pendaftaran akan dibuka mulai 1 -21 Mac 2015 secara atas talian di www.penerangan.gov.my. 

Syarat-syarat penyertaan:



1.   Warganegara Malaysia.



2.   Penyertaan dibuka kepada semua BELIA yang berumur 18 hingga 30 tahun.  



3.   Tiada had maksimum jumlah penyertaan bagi setiap negeri. 



4.   Pendaftaran mesti dibuat secara atas talian di Laman Web Jabatan Penerangan Malaysia iaitu www.penerangan.gov.my bermula pada 1 Mac 2015 - 21 Mac 2015.



5. Peserta wajib mempunyai emel sendiri.Link untuk menjawab soalan akan diberikan melalui emel yang berjaya didaftarkan.



6.   Semua peserta bertanding atas nama individu.



7. Peserta adalah digalakkan menjawab soalan menggunakan PC atau laptop.  Penggunaan telefon pintar adalah dibenarkan.  Walaubagaimanapun, semasa menjawab soalan peserta dinasihatkan supaya tidak menjawab panggilan kerana ia akan menyebabkan talian terputus dan peserta perlu menjawab semula soalan bermula dari nombor 1. Penganjur TIDAK bertanggungjawab jika perkara ini berlaku.



8.  Peserta wajib mematuhi peraturan-peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh urus setia dari semasa ke semasa.



9. Kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia adalah tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.            



10. Keputusan panel Juri adalah MUKTAMAD.



KONSEP PERTANDINGAN

Kaedah Pertandingan:

1.1       Peringkat Saringan (seluruh negara)



i.              Kuiz ASEAN secara atas talian

ii.            30 soalan aneka pilihan, 10 soalan betul/salah, 1 slogan (tidak melebihi 25 patah perkataan), masa diberi 30 minit untuk menjawab semua soalan. Soalan disediakan di dalam Bahasa Malaysia.

iii.           Peserta boleh akses soalan melalui URL yang akan diberi melalui emel.

iv.           30 Peserta dengan markah tertinggi dan slogan terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir.


2             Peringkat Separuh Akhir

i.              Tiga Puluh (30) peserta terbaik peringkat saringan akan bertanding di peringkat separuh akhir berkonsepkan TED Talks (Pengucapan awam)

ii.            Tajuk akan diberi lebih awal, masa menyampaikan pidato sekitar 10 minit. Sesi Ted Talks dijalankan dalam Bahasa Malaysia.

iii.           Pertandingan akan diadakan di Putrajaya (cadangan).

iv.           10 Peserta dengan markah tertinggi akan mara ke peringkat akhir.
 

3     Peringkat Akhir

i.              Sepuluh (10) peserta terbaik peringkat separuh akhir akan bertanding di peringkat  akhir berkonsepkan TED Talks (pengucapan awam)

ii.            Tajuk akan diberi lebih awal, masa menyampaikan pidato sekitar 10 - 15 minit. Sesi Ted Talks dijalankan dalam Bahasa Malaysia.

iii.           Pertandingan akhir akan diadakan di Putrajaya (cadangan).

No comments:

Post a Comment