Thursday 20 September 2012

Piagam Pelanggan Jabatan Penerangan Malaysia


Kami berjanji menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti sebagai sumbangan untuk membina bangsa Malaysia yang bermaklumat, proaktif dan berdaya saing dengan :-
1.    Memberi perkhidmatan penerangan yang berkualiti, tepat semasa dan mudah difahami dalam tempoh 14 hari bekerja.
2.    Menyediakan laporan maklum balas yang objektif, tepat dan terkini dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh isu berbangkit. 
3.    Memberi khidmat perundingan pengurusan media yang berkesan dalam tempoh berikut :
  • Kad Perakuan Media                                      -  1  hari bekerja
  • Nota Kepada Pengarang                               -  2  hari bekerja sebelum acara berlangsung
  • Siaran Media                                                  -  2   jam selepas maklumat diterima
  • Promosi dan Aktiviti Jabatan Penerangan  - 14  hari bekerja
4.    Menyediakan bahan-bahan penerbitan yang bermaklumat semasa, bermutu dan mudah difahami dalam tempoh berikut:
  • Risalah dan Poster                          -  14  hari bekerja
  • Buku Kecil                                        -  28  hari bekerja
  • Buletin/ Majalah                             -  56  hari bekerja
  • Buku/Kad Program                         -    7  hari bekerja
  • Buku Coffee-table                          - 180 hari bekerja
5.    Memuat naik maklumat semasa atas talian dalam tempoh 1 hari bekerja.

6.    Memberikan khidmat kepakaran komunikasi visual dan seni reka dalam tempoh berikut:
  • Reka bentuk                                  -   14  hari bekerja
  • Bahan fotografi                            -     1  hari bekerja
  • Pameran                                        -    14  hari bekerja
  • Bahan Publisiti Luar                     -  180  hari bekerja
7.    Memberi maklum balas kepada aduan pelanggan dalam tempoh berikut:
  • Akuan penerimaan                       -  1 hari bekerja
  • Maklum balas awal                       - 3  hari bekerja
8.    Menyediakan kemudahan bahan alat siaran raya dan multimedia dalam tempoh 14 hari bekerja.

No comments:

Post a Comment