Friday 4 July 2014

PERHIMPUNAN BULANAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA KKMM 2014 BERSAMA YB MENTERI KKMM DI KOMPLEKS KKMM, PUTRAJAYA PADA 03/07/2014


sumber : www.kkmm.gov.my 

Foto Oleh : Muhammad Zulfadli Selamat

YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri KKMM  - KKMM adalah kementerian penting kerana merupakan antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negara kasar (PNK) dalam NKEA Industri Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi (CCI) yang fokus kepada infrastruktur komunikasi dan ekosistem bagi kandungan dan aplikasi.
Barisan pengurusan tertinggi bersama warga KKMM menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Perkhidmatan Awam sebelum program Perhimpunan Bulanan KKMM bagi Julai 2014 bermula
Sebahagian jemputan yang hadir semasa program Perhimbunan Bulanan KKMM bagi Julai 2014.
Dato’ K. Balasingam, SUB Kanan (Pengurusan) turut menerima hadiah berupa buah kurma bersama warga KKMM lain yang lahir pada bulan Jun dan Julai semasa acara sambutan Hari Kelahiran.
YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri KKMM (tengah) berbual mesra bersama YBhg Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha KKMM (kiri) dan YBhg Dato’ Zamzamrani Mohd Isa, Kumpulan CEO dan Pengarah Urusan TM (kanan) sambil menunggu waktu berbuka puasa.
YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri KKMM (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim dari  Rumah Kasih Sayang, Rawang. Turut sama menyampaikan sumbangan Dato’ Jailani Johari, Timbalan Menteri KKMM (kiri).
Foto Oleh : Unit Komunikasi Korporat, KKMM



No comments:

Post a Comment