Friday, 28 December 2012
Wednesday, 12 December 2012
Buletin Hari ASEAN ke-45 di UMP
Oleh:
Alwafi Hassim
Pada 18 Oktober 2012, Cawangan Perhubungan Antarabangsa, Jabatan
Penerangan Malaysia telah mengadakan Sambutan Hari ASEAN ke–45, dengan tema “One
Identity, One Community“.
Program Sambutan Hari ASEAN ini dijayakan hasil kerjasama
Cawangan Perhubungan Antarabangsa dengan Jabatan Penerangan Negeri Pahang, dan
Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah
Penerangan YBhg Dato’ Hj. Ibrahim Abdul Rahman. Majlis ini turut dihadiri oleh
Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Dr Daing Nasir Ibrahim.
Sambutan Hari ASEAN tersebut turut disertai oleh warga
UMP yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa serta para pelajar
IPTA lain yang terpilih. Turut hadir bagi menjayakan majlis adalah
agensi-agensi kerajaan di seluruh negeri Pahang. Dianggarkan seramai lebih 600
orang yang hadir ke majlis sambutan tersebut.
Program
Sambutan Hari ASEAN ini dijayakan lagi dengan pameran-pameran berkenaan
negara-negara ASEAN bermula dari penubuhannya sehinggalah sekarang. Bagi
menambahkan lagi pengisian Sambutan Hari ASEAN, forum bertajuk “Menuju Komuniti
ASEAN 2015”, forum ini dipimpin oleh panel yang berpengalaman iaitu YBhg Dato’
Misran Karmain (Ketua Pengarah Jab. Penerangan dan Diplomasi Awam Kementerian
Luar Negeri), YBhg Prof. Madya. Dr. Mohd Rizal b. Mohd Yaakop (Pusat Pengajian
Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM) dan
YBhg En. Mohiyuddin b. Mohd Sulaiman (Pensyarah di Institut Pengajian ASEAN dan
Hal-Ehwal Global UiTM).
Subscribe to:
Posts (Atom)